Jumaat, 13 November 2009

ayam sabung lagi ....



nih rinting eche yang baru aku beli selepas ara togel. xtau la macam mane permainan ayam nih.umor dalam 6 bulan, nampak bodoh jer, tapi yang penting BAKA ayam nih.  tapi yang aku tahu bapak dia memang jenis ayam hujung asal. rome sama macam bapak. tapi bapak dia kawan aku dah jual, sebab buta, berlaga ngan ayam dia jugak. sebab tu la otai-otai pesan suruh kerat taji ayam baik nih.. kalu jenis yang tikam tuh, ibu pun dia tikam. sekali pukul jer. PROP!!!!!!!!... makan cangkul la mangsa tuh. tapi aku xsampai ati la nak potong taji ayam aku. bagi aku, tu hak ayam tuh. ish.. bercakap pasal HAK plak.. hehehehe.


 nampak tak bapak ayam merah tuh? taji dia dalam seinci setengah. aku beli ayam nih dah nak dekat 3 tahun. pernah bunuh sekor ayam jiran aku yang mai cuba merosakkan maruah ayam betina kat umahku. buat masa sekarang, ayam ni la jadi bapak utama. depan dia plak ara togel. dah baik dah.. sebelum nih abis togel tuh kena kejar ngan merah nih. ayam ni aku beli masa ujung jagung agi. tuan dia jual koz ayam nih pengecut. macam maner tak kecut kalu tiap-tiap hari kna kejar dengan bapak lain. aku tengok ayam nih ada potensi. tulang kemas, berat, ekor pun lawa, bulu basah dan sisik lawa. so, aku beli la... lama jugak nak kembalikan semangat ayam nih untuk terus jadi berani dan melawan. masa aku wat balik ayam nih, bapak ayam aku yang lain aku letak umah kawan aku dan ada yang aku kurung. aku lpas ayam nih ngan ibu-ibu yang ada. kira rawatan emosi la nih... banyak kenangan ayam nih dengan aku. yang nih xkan jual. orang tua kata, biar mati di tangga daripada dijual. 




tengok la... betapa harmoninya ayam-ayam aku masa rehat. nih semua ayam muda. kalu mai otai.. abis lari la bapak-bapak muda nih. hahahaa. nih la gambar terbaru. masa ini bapak muda pun banyak yang duk luruh bulu. so, kurang aktif r. yang ibu plak baru jer lepas bertelur. musim tengkujuh dah nak mai. so tak sesuai peram ayam. baik rampas telur2 tuh. goreng pun sodap....




yang sekor nih plak ma ku terlepas pandang. sempat mengeram.  minggu lepas adik aku tepon bgtau rumah dah banjir, ayam nih tetas 4 ekor. tinggal sekor jer yang selamat. tu r rezeki aku kot. REDHO jer.
ibu nih aku bli ngan mat bon yang xcukup duit nak bertaruh, so jual la ibu nih kat aku. ayam nih jenis pure batang kaki. memang ank2 dia menjadi la. salah sekor ank dia mati kna bunuh dek kumbang lilin. sakan jgak kna tikam. hmm, tragis. smua perkara tragis yang menimpa aym aku ialah masa aku xder kat umah. xder rezeki la ku kira.

bila kita terlibat dengan penternakan nih memang banyak dugaan dan cabaran. penaykit la, kena curi, banjir, yang paling misteri ialah hilang atau mati tanpa sebab... kena sabar. tambah-tambah aku yang belajar kat utara nih jarang-jarang balik ke pantai timur. ma aku la yang tolong tengokkan ayam-ayam aku tuh.
lain kali aku akan sertakan lebih banyak gmbar ayam-ayam aku dan cerita-cerita yang lebihg menarik..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan