Jumaat, 13 November 2009

kisah bebiri...

ni pula aku nak kongsi kisah bebiri yang arwah ayah beli beberapa bula lepas.



ni adalah bapak biri2 yang bakal dijadikan akikah oleh akak aku awal tahun depan. ingat nak wqat baka kat kandang tapi akak aku tuh beriya-iya booking ngan arwah aya nak wat akikah untuk ank dia yang bala dilahirkan yhn depan. nasib ko la biri2.. hahahhaa.
bulu dia arwah ayah aku sempat trim sebelum nih. nampak kemas kan???









hehehehehe.. yang nih aku plak yang trim bulu diorang. bukan apa, untuk kesihatan. bulu pun nampak lebih bersih kan?? yang nih la ibu kandang kat umah aku. ingat kalu ada bajet lebih nak tambah bilangan biri2 nih kat umah. bukan nak bela secara komersil, just untuk keperluan semasa jer. tapi memang xdinafikan menatang nih memang ada pasaran yang tinggi. ingat nak bela secara serius tapi biar la habis belajar dulu. kalu stakat bela ayam baik tuh xper r just lepas jer. then tabur padi atau jagung. tapi bela biri2 nih xla semudah bela ayam. kalu silap-silap lepas, kena wat lari dek setan kepala hitam. hmmm.... bila nak insaf diorang tuh.
dijangka kan pada awal tahun depan jgak kdua-dua ekor biri2 betina nih akan beranak. bertambah la biri2 kat umah aku. hehehehe. tapi rezeki tu milik Allah kan? kalu Dia bagi kat kita, maka ada la rezeki tuh untuk kita, bersyukur la kita seadanya. kalau Dia tarik rezeki kita, maka kita seharusnya redho dengan kehendak tersebut.

ayam sabung lagi ....



nih rinting eche yang baru aku beli selepas ara togel. xtau la macam mane permainan ayam nih.umor dalam 6 bulan, nampak bodoh jer, tapi yang penting BAKA ayam nih.  tapi yang aku tahu bapak dia memang jenis ayam hujung asal. rome sama macam bapak. tapi bapak dia kawan aku dah jual, sebab buta, berlaga ngan ayam dia jugak. sebab tu la otai-otai pesan suruh kerat taji ayam baik nih.. kalu jenis yang tikam tuh, ibu pun dia tikam. sekali pukul jer. PROP!!!!!!!!... makan cangkul la mangsa tuh. tapi aku xsampai ati la nak potong taji ayam aku. bagi aku, tu hak ayam tuh. ish.. bercakap pasal HAK plak.. hehehehe.


 nampak tak bapak ayam merah tuh? taji dia dalam seinci setengah. aku beli ayam nih dah nak dekat 3 tahun. pernah bunuh sekor ayam jiran aku yang mai cuba merosakkan maruah ayam betina kat umahku. buat masa sekarang, ayam ni la jadi bapak utama. depan dia plak ara togel. dah baik dah.. sebelum nih abis togel tuh kena kejar ngan merah nih. ayam ni aku beli masa ujung jagung agi. tuan dia jual koz ayam nih pengecut. macam maner tak kecut kalu tiap-tiap hari kna kejar dengan bapak lain. aku tengok ayam nih ada potensi. tulang kemas, berat, ekor pun lawa, bulu basah dan sisik lawa. so, aku beli la... lama jugak nak kembalikan semangat ayam nih untuk terus jadi berani dan melawan. masa aku wat balik ayam nih, bapak ayam aku yang lain aku letak umah kawan aku dan ada yang aku kurung. aku lpas ayam nih ngan ibu-ibu yang ada. kira rawatan emosi la nih... banyak kenangan ayam nih dengan aku. yang nih xkan jual. orang tua kata, biar mati di tangga daripada dijual. 




tengok la... betapa harmoninya ayam-ayam aku masa rehat. nih semua ayam muda. kalu mai otai.. abis lari la bapak-bapak muda nih. hahahaa. nih la gambar terbaru. masa ini bapak muda pun banyak yang duk luruh bulu. so, kurang aktif r. yang ibu plak baru jer lepas bertelur. musim tengkujuh dah nak mai. so tak sesuai peram ayam. baik rampas telur2 tuh. goreng pun sodap....




yang sekor nih plak ma ku terlepas pandang. sempat mengeram.  minggu lepas adik aku tepon bgtau rumah dah banjir, ayam nih tetas 4 ekor. tinggal sekor jer yang selamat. tu r rezeki aku kot. REDHO jer.
ibu nih aku bli ngan mat bon yang xcukup duit nak bertaruh, so jual la ibu nih kat aku. ayam nih jenis pure batang kaki. memang ank2 dia menjadi la. salah sekor ank dia mati kna bunuh dek kumbang lilin. sakan jgak kna tikam. hmm, tragis. smua perkara tragis yang menimpa aym aku ialah masa aku xder kat umah. xder rezeki la ku kira.

bila kita terlibat dengan penternakan nih memang banyak dugaan dan cabaran. penaykit la, kena curi, banjir, yang paling misteri ialah hilang atau mati tanpa sebab... kena sabar. tambah-tambah aku yang belajar kat utara nih jarang-jarang balik ke pantai timur. ma aku la yang tolong tengokkan ayam-ayam aku tuh.
lain kali aku akan sertakan lebih banyak gmbar ayam-ayam aku dan cerita-cerita yang lebihg menarik..



ayam sabung/laga/baik yang ada kat umah







nih pulak baka kumbang lilin yang telah dikacuk dengan ayam ara  kat atas.anak pun kluar r jadi hijau (jual), ara kuning, kumbang lilin dua ekor (sekor jual dan sekor lagi wat baka). sekor betina, warna hujau, aku wat sup. hahahaha. potongan badan tak lawa. wat per?


nih la bapak kumbang lilin yang salah sekor gambar kat atas tuh. umur sekarang lebih kurang 3 tahun. gambar. ibu dia kumbang lilin rinting.mati, kna penyakit. tak tinggal baka betina. mujur ada bapak nih jer. tapi anak kurang menjadi r warna nih. susah jugak. baru-baru nih ada jugak kacuk ayam nih dengan ibu taji kuning mas, dapat anak 5 ekor. ada jgak r roma macam bapak tapi semua kena bedal dek kucing. HAMPA. nak kurung xder orang yang nak jaga. aku pulak time cuti jer yang boleh balik kampung,. huhuhuhuhu



walau kat mana pun aku berada, dah memang minat kan... mana boleh tinggal gtu jer. banyak jgak ayam aku yang kena bedal ngan setan kepala hitam nih. tambah-tambah yang jantan r. diorang pun pandai, curi masa aku xder kat umah. kalu dapat.. aku belasah diorg tuh. setakat nih aku ada kira-kira lebih 50 ekor jgak r ayam baik nih. baka asal yang kat umah aku ayam batang kaki pukul kepala. tapi sekarang nih abis campur yang batang kaki dengan ayam hujung. nak wat macam maner dah aku bela lepas gitu jer..


ni la antara ayam aku smpat aku snap. roma kuning ara memang aku minat. nih semua ayam muda. yang rinting putih tuh aku baru beli ngan member sekampung. ayam eche. bapak dia ayam kelas A. ayam baik kat umah aku kebanyakannya kelas B jer.



nih plak manisan angus yang aku beli ngan pak cik yang jual air tuak kat area pasir mas. umur dalam setahun. masa aku beli kecik agi, baru penuh bulu. ayam tubuh kecil tapi tegap. pernah ari tuh berlaga ngan ayam baru yang aku bli. ngan tangan aku pun dia tikam. HARAM btul...

tujuan aku bela ayam baik ialah kerana ayam nih jenis tahan lasak dan lebih lawa berbabnding ayam kampung biasa. tapi kali time luruh bulu.. memang xlawa lah. masa nih la aku beli ayam. hehehehe. boleh  tawar murah-murah ckit, dan time nih jugak ayam baik nih xleh wat masuk bon.




ni plak ayam rome ara yang aku beli dua bula lepas dengan otai ayam baik. dia jual koz katanya ayam nih dah xleh wat main bon ag. ekor dah tak tumbuh. ayam rosak. so, aku pujuk r, murah-murah.. hehehehe. dulu togel ayam nih. memang hodoh r. tapi sekarang ekor dah naik, bulu pun dah nak penuh. pernah sekali masa mula-mula beli ingatkan ayam nih. dah rosak dan tak melawan, so, aku wat balik jer terus lepas... berlaga r dengan manisan angus muda yang kat atas tuh. ayam nih jenis main atas. otai tuh kata ayam nih ayam hujung. hmm.. susuh/taji dah kena kerat. tapi kjap jer diorg berlaga, aku smpat angkat ayam nih. tunngu la dalam 2 atau 3 bulan lagi nak tgk permainan ayam nih. sekarang nih nisan angus muda tuh dah xlawan si togel nih...

ni la minat aku, aku suka ayam yang orang pikir dah berguna dan bila dengan aku ayam nih aku bela sehingga melawan balik. ni la kepuasan kita bela binatang macam nih. dari hodoh jadi lawa. dari sakit jadi segar.... dan bila ayam nih sihat dan lawa, kalau ada orang yang berminat dan setuju dengan harga aku. so,, let go jer r.. hehehehe.


































































































































































Khamis, 12 November 2009

PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

PADA KALI INI SAYA AKAN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG PLAK. PENTERNAKAN INI BOLEH DIBUAT SECARA KECILAN MAHUPUN KOMERSIL BERGANTUNG KEPADA MODAL YANG ADA. CUKUP RINGKAS TETAPI BERMANFAAT TINGGI KEPADA KITA.



PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG SECARA KECILAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah Wujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.

Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya.
Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan.
Disamping itu;
# Telur dan daging untuk makanan keluarga
# Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
# Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
# Boleh dibiakkan sepanjang tahun
# Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
# Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
# Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
# Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


SISTEM PERUMAHAN
# Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh.
Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
# 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi.
Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. # kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat # gunakan peralatan makan/minum yang murah.



PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
# Makanan komersil/dagangan
# Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
# Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
# Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
# Makanan Campuran atau Sisa Makanan
# Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
# Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
# Ikan baja dan lain-lain PENGURUSAN Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
# Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
# Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
# Boleh dilepaskan pada siang hari
# Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
# Sediakan sarang bertelur
# Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
# Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
# 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
# Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
# Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
# Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit # Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal # Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit # Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat. Program Pencegahan penyakit
# Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
# Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
# Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “ Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan # Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru # Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

JOM JADI PENTERNAK MODEN

SALAM HARMONI UNTUK SEMUA...
KALI MINI, SAYA MAU KONGSI PLAK PANDUAN UNTUK MENTERNAK RUSA BAGI MEREKA YANG BERMINAT..
BAGI YANG TIDAK BERMINAT JUGA BOLEH MEMBACANYA, KOT-KOT NANTI TIMBUL MINAT NAK BEKA RUSA SECARA KOMERSIL PLAK NANTI.


Panduan Menternak Rusa

Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 . Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius.
Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.
Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini. Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara. Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang). Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan.
Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang 50 ekor. Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.


TUJUAN PEMELIHARAAN:
*Sebagai rekreasi dan kegemaran
*Sebagai tindakan mencegah kepupusan
* Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
* Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
* Sebagai makanan enak
* Sebagai Perhiasan
INFRASTRUKTUR LADANG
 Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.
Tabiat Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi. Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.
Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat¬-tempat yang tertentu Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok. Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi tempat laluan ternakan ini.
Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.
Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok
Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan Pagar Sekeliling Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .


Kawasan ragutan dan makanan
Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa. Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi.
Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa. Pedok Kawalan Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa.
Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap Rumah Gelap
*Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
*Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
*Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
*Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
*Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
*Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap Bangsal


Untuk Meletak Makanan
Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang berbumbung bagi meletak bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh. Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.


Kolam Mandi
Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik. Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.

KAMPUNGKU...


SEKITAR KAWASAN SAWAH...








LOVE MY VILLAGE.. KAMPUNG ENDONG SENTIASA DI HATIKU..


PINTU GERBANG MASUK KE KAMPUNG ENDONG SEKITAR BULAN KIBAR JALUR GEMILANG 2009


PENDUDUK KAMPUNG SEDAN BERGOTONG-ROYONG. CIKGU HUSIN YANG LUKIS MURAL TUH.. LAWA KAN??








jom berbakti pada tanah...

SALAM MUHIBBAH SEMUA... SEKARANG INI MASALAH PENGANGGURAN SEMAKIN HEBAT DIPERKATAKAN.. TAKUT??? PERNAH DENGAR MASTER HOLDER PUN JADI MINAH KILANG??? DEGREE HOLDER PUN BEREBUT NGAN BUDAK SPM NAK JADI KERANI? BIARKAN MEREKA... DI SINI AKU NAK KONGSI NGAN KORANG SMUA TENTANG CARA NAK CARI REZEKI.. BETTER THAN M.L.M YANG MACAM-MACAM SEKARANG NI.
HEHEHE.. NIH UNTUK MEREKA YANG ADA NIAT NAK JADI PETANI MODEN TAPI MASIH TERCARI-CARI SUMBER...
PADA KALI INI AKU AKAN KONGSIKAN NGAN KORANG SMUA TENTANG PENANAMAN PISANG..


Panduan Penanaman Pisang

Pisang Terbaru Pembeli ada dua pilihan: 1. Beli anak pisang yang kecil yang dijual dalam tabung uji dan membelanya secara sendiri dalam polibag hingga besar 2. Atau, beli pokok yang siap sedia dalam polibag untuk ditanam di pusat semaian tertentu. Penanaman Jika membeli terus dalam bentuk anak pisang dalam tabung uji, ikutlah peraturan di bawah.

a) keluarkan anak pisang yang kecil daripada botol dan bersihkan dengan teliti agar-agar yang melekat di bahagian akar anak pokok tersebut.

b) Pindahkan anak pisang yang telah dibersihkan ke dalam polibag berukuran 6″ X 8″ mengandungi tanah dan sabut kelapa, baja N:P:K (15:15:15) dan kompos. Letakkan polibag di bawah teduhan 70 %. Pengairan Siram air 3 kali sehari dalam 2 minggu pertama kemudian selepas tempoh ini, 2 kali sehari sehingga ditanam di ladang. Jarak Penanaman Tanam pada ketumpatan 2200 pokok/hektar dan jarak 1.5 meter di antara pokok dalam satu baris dan 3.0 meter di antara barisan. Pengendalian Penyakit Layu Pada Tanaman Pisang Tanaman pisang mudah tumbuh di berbagai tempat, penanaman yang dilakukan oleh petani belum teratur dan sering dicampur dengan tanaman lainnya. Selain itu pemeliharaan tanaman pisang belum dilakukan secara intensif, sehingga produksi dan mutu buah yang dihasilkan masih rendah. Jenis Penyakit a. Penyakit Layu Fusarium (Penyakit Panama) Penyakit ini disebabkan oleh jamur Fusarium oxysparum f. sp. cubense.

Jamur penyebab penyakit ini hidup didalam tanah, masuk ke dalam akar, selanjutnya masuk ke dalam bonggol dan jaringan pembuluh. Gejala dari penyakit ini adalah sepanjang jaringan pembuluh pada batang semu berwarna coklat kemerahan. Daun menguning dan menjadi layu, tangkainya menjadi terkulai dan patah. Kadang-kadang lapisan luar batang semu terbelah dari bawah ke atas. Yang paling khas adalah jika pangkal batang dibelah membujur, terlihat garis-garis coklat atau hitam dari bonggol ke atas melalui jaringan pembuluh ke pangkal dan tangkai daun. Penularan penyakit ini dapat melalui bibit, tanah dan air yang mengalir mengandung spora jamur. b. Penyakit Layu Bakteri (Penyakit Darah atau Penyakit Moko) Penyakit ini disebabkan oleh bakteri Pseudomonas Solanacearum. Disebut penyakit darah, karena bila akar tinggal/bonggol tanaman sakit dipotong maka keluar cairan kental yang berwarna kemerahan dari berkas pembuluh. Gejala penyakit layu bakteri pada tanaman pisang adalah layunya daun-daun tua sebelum waktunya, daun menguning dan mati, pada tanaman muda terjadi kelayuan yang menyeluruh. Penularan penyakit ini dapat terjadi melalui bibit terinfeksi, serangga yang mengunjungi bunga, alat-alat pemangkasan dan kontak akar.

c. Pengendalian Penyakit Layu

* menanam bibit pisang yang sehat

* melakukan pemupukan yang seimbang

* sanitasidan drainase kebun yang baik agar waktu hujan, air tidak mengalir di permukaan tanah

* memelihara tanaman dengan hati-hati untuk mengurangi terjadinya luka pada akar.

* untuk mencegah penularan oleh serangga melalui luka pada bunga yang rontok, maka dapat dilakukan pemotongan jantung.

BINATANG PEROSAK

Binatang perosak yang seringkali menyerang pokok pisang ialah bubuk atau kumbang. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan racun serangga seperti dieldrin. Penyakit Anthracnose Gejala ini berlaku apabila bintik-bintik telah muncul dan menyerang buah pisang yang sedang dalam penghantaran dengan menggunakan kapal. Penyakit Darah Pisang PENDAHULUAN Komoditas hortikultura selama ini telah memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap pendapatan petani. Perkembangan komoditas hortikultura di NTB akhir-akhir ini mendapat perhatian besar khusus tanaman pisang karena tanaman ini banyak memberikan manfaat diantaranya pemenuhan gizi keluarga dan penambahan pendapatan petani. Pisang termasuk salah satu jenis buah buahan yang cukup potensial di NTB, populasinya cukup besar. Selain itu, permintaan domestik cukup meningkat karena pertumbuhan penduduk, kesadaran masyarakat terhadap gizi, peningkatan pendapatan dan pendidikan serta berkembangnya NTB menjadi daerah wisata nasional maupun internasional. Dua tahun terakhir perkembangan tanaman pisang di NTB mengalami penurunan terutama diakibatkan adanya serangan penyakit, yang disebabkan oleh bakteri. Ferken (1972) mengidentifikasikan penyakit darah pisang disebabkan oleh bakteri (Pseudomonas solanacearum).

CARA MENULAR

Bakteri Pseudomonas solanacearum ini dapat ditularkan ke tanaman sehat melalui : tanaman, alat-alat pertanian, tanah yang terbawa alat-alat transportasi, aliran air dan vektor serangga yang menghisap bunga (jantung) pisang. Berdasarkan pemantauan di lapangan, penyakit darah pisang sudah menyebar ke seluruh sentra pertanaman pisang di pulau Lombok dan Sumbawa. Hasil penelitian Sudirman (2000) tentang penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum) menyatakan bahwa dari sepuluh jenis tanaman pisang yang diuji, pisang kepok dan pisang raja sangat peka (tidak tahan), sedangkan pisang emas lebih tahan. Pisang ketip, pisang susu, pisang hijau, pisang kapal dan pisang ambon bereaksi tidak konsisten.

TANDA SERANGAN

Penyakit Darah Pisang (Pseudomonas solanacearum) kebanyakan mulai menunjukkan tanda serangan pada tanaman yang sudah berbuah, sedang pada tanaman yang masih muda belum menampakkan tanda serangan yang jelas. 1. Pada tanaman dewasa (tanaman pisang yang sudah berbuah) tanda serangan dapat dilihat pada daun ketiga atau keempat dari atas (pucuk) yang mulai menguning serta disusul dengan daun berikutnya lalu mengering. Akibat dari semua daun menguning, maka pertumbuhan buah tidak sempurna. 2. Apabila buah-buah pisang tersebut di potong atau di belah terlihat adanya cairan atau getah kental berwarna coklat kemerahan yang berbau busuk. 3. Pada bagian dalam bungkul dan batang pisang yang sudah terkena penyakit, apabila dipotong bagian tengah terlihat bintik-bintik berwarna coklat kemerahan. Akhirnya berlanjut tanaman pisang akan menjadi kering dan mati.

UPAYA PENGENDALIAN

Ada beberapa upaya yang bisa dilaksanakan pada tingkat serangan tertentu sebagai berikut:

1. Perketat Karantina Buah pisang dapat diangkut ke mana-mana untuk tidak terjadi serangan (menular) pada lokasi lain, perlu di perketat pengawasan lalu lintas perdagangan pisang, apakah pisang tersebut berasal dari daerah yang sudah terserang, perlu dilarang memasukkan ke daerah yang belum terserang penyakit tersebut.

2. Sanitasi Sanitasi sangat penting bagi petani yang mempunyai areal tanaman pisang, agar diperhatikan lingkungan kebun pisang agar selalu bersih, jangan sembarangan menempatkan batang-batang pisang yang sudah di tebang. Dan buat parit di sekitar barisan pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan. Terapkan sistem drainase yang baik. Buat parit disekitar barisan tanaman pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan.

3. Desinfektan peralatan Peralatan yang akan dipergunakan harus disteril/dibersihkan dulu.

4. Pemupukan Pemupukan dengan bahan organik akan meningkatkan aktivitas mikroorganisme antagonis untuk membunuh bakteri perusak.

5. Isolasi spot Apabila tanaman pisang sedang/akan keluar bunga dilakukan proteksi terhadap bunga tanaman pisang dari vektor serangga yaitu : di bungkus dengan kain, kertas agar tidak di kunjungi oleh serangga penular sampai selesai pembungaan.

6. Eradikasi Apabila sudah terjadi serangan berat pada tanaman pisang, diadakan pemusnahan (menebang semua pisang yang ada pada lahan tersebut, dan diganti dengan tanaman pisang yang tahan terhadap penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum).

AYAM SIAM KU..